28.5.08

POLITIK PERKAUMAN

kebelakangan ini banyak diperkatakan dengan kononnya politik perkauman ataupun kenyataan politik perkauman. satu pihak menuduh satu pihak yang lain mengamalkan politik perkauman. sebenarnya kedua-dua pihak sama sahaja. sedikit sebanyak masing-masing mengamalkan politik perkauman. banyak isu-isu yang sering kali dikaitkan dengan politik perkauman. tetapi yang uniknya ialah isu-isu ini mesti berkait dengan orang melayu. bila orang melayu sebut ketuanan melayu ia dituduh perkauman. bila sebut hak istimewa orang melayu ia dituduh perkauman. bila sebut saja isu-isu kepentingan orang melayu ia akan dituduh perkauman.

tetapi bila kepentingan kaum lain dibincangkan ia akan disebut hak asasi rakyat malaysia walaupun ianya dibangkitkan dalam garisan kaum. kenapa orang melayu diasak dan dituduh sedemikian rupa selepas 50 tahun dahulu orang melayu telah bersetuju berkongsi negara dan kuasa dengan kaum-kaum lain. tidakkah kita sedar bahawa memberikan kerakyatan kepada sesiapapun oleh mana-mana negara didunia ini merupakan suatu pemberian yang tidak ternilai. orang melayu hanya inginkan sedikit bahagian daripada nikmat tanah air ini. sebahagian besar yang lain telah diberikan kepada kaum-kaum lain.

pengamal media sama ada media perdana atau media alternatif perlu mengkaji siapa sebenarnya mengamalkan perkauman. sama ada orang melayu atau kaum-kaum lain atau kita semua mengamalkan perkauman. adakah salah kita mengamalkan perkauman? cuba kita lihat di shah alam. majoriti penduduknya orang melayu. berapa banyak perniagaan orang bukan melayu yang dikunjungi oleh orang melayu? adakah orang melayu perkauman? kenapa mesti digembar-gemburkan isu kepentingan orang melayu di negara ini sebagai perkauman sedangkan orang melayu beramai-ramai dan berbondong-bondong mengunjungi perniagaan orang bukan melayu tanpa rasa prejudis. dari pasar raya hingga ke kedai runcit, dari kedai basikal hingga ke bengkel kenderaan. kalau kedai makan janji ada logo halal jakim orang melayu akan berduyun-duyun menyokong perniagaan tersebut. tentu kita biasa dengar orang melayu yang lebih suka ke kedai cina daripada kedai melayu walaupun kedai cina itu jauh sedikit. tentu juga kita biasa dengar orang melayu yang kata servis restoran mamak (india) lebih baik daripada kedai makan melayu walaupun kadang-kadang kita tidak pasti status restoran berkenaan.

sama-samalah kita fikirkan.